Tuesday, February 7, 2012

Hukuman Berzina

Jika dilaksanakan diMalaysia. Pasti berkurangan kes zina dimalaysia.

 Jom lihat gambar dibawah














Inilah balasan zina bagi mereka yang belum berkahwin. Andainya mereka telah berkahwin, biarpun sekali, balasannya ialah direjam dengan batu sehingga mati kedua-duanya. Demikianlah hukuman Allah terhadap penzina. Biarpun pelaksanaannya di dunia tidak dilaksanakan oleh kebanyakan negara, tetapi itulah hukuman Allah. Andainya hukuman itu tidak terlaksana di dunia, dan mereka mati dalam keadaan TIDAK BERTAUBAT, tempatnya di neraka. Rasulullah s.a.w ada bersabda menyatakan agar setiap orang yang beriman itu menjauhkan diri daripada zina. Ada enam perkara yang akan dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan zina, tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat. Di dunia ialah hilangnya keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa fakir, manakala di akhirat ialah kemurkaan Allah, balasan azab neraka dan hisab buruk. Rasulullah s.a.w bersabda menjelaskan bahawa tidak ada dosa yang lebih besar selepas dosa menyengutukan Allah, daripada dosa setitik air mani yang diletakkan oleh seorang lelaki dalam kemaluan (faraj) yang tidak halal baginya. Nasihat aku.. sesape yg x tahan sangat tu kawin jerlah ^^.. orang yang takut terlibat dengan zina, yang berzina setiap kali bertemu, menurut hukum fikah, bernikah itu wajib hukumnya. Wajib bererti dosa kalau tidak melakukannya.


 Semoga ia mejadi pengajaran bagi kita semua..

2 comments:

  1. Tu la pasal kena laksanakan hukum hudud..Tpi Kerajaan tak nak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezaaa.. jikalau dilaksanakan.. sudah pasti berkurang kes2 sumbang muharam.. yg nk buat pn berfikir bnyk kali.. btul dok..

      Delete