Friday, February 10, 2012

Benarkah Ini?? Mmg seram




IkadaNews - sekumpulan anak muda Jepun sedang mengadakan majlis di sebuah restoran, majlis yang berlangsung meriah  itu tiba - tiba berubah menjadi menyeramkan kerana lima 
orang pemuda menyaksikan pemandangan yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.

Semasa di wawancara, orang yang mengambil gambar tersebut mengatakan,pada  awal nya kami semua menikmati hidangan , hingga apabila  salah satu kawan  kami menujukkan seorang wanita yang sedang duduk seorang diri , beberapa kawan mengatakan itu pelik, tapi saya hanya berfikir itu adalah seorang wanita yang mempunyai solekan yang aneh yang sedang menunggu kawannya.
video ini sempat menjadi Headline di Jepun, beberapa pihak menidakkan penampakan ini yang mereka rasakan terlalu nyata dan jelas. jarang sekali ada hantu yang muncul dengan sedemikian rupa. 0.O

Pilihan Anda?

Wahai kaum Adam, Andai mahu mencari Hawa..




 1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata.
 Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

 2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata.
 Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

 3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata.
 Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami. .

 Untuk Hawa Pula, Andai mahu menerima cinta Adam…

 1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata.
 Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…

 2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata.
 Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri. 

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata.
 Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan. Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya??

Tuesday, February 7, 2012

Hukuman Berzina

Jika dilaksanakan diMalaysia. Pasti berkurangan kes zina dimalaysia.

 Jom lihat gambar dibawah














Inilah balasan zina bagi mereka yang belum berkahwin. Andainya mereka telah berkahwin, biarpun sekali, balasannya ialah direjam dengan batu sehingga mati kedua-duanya. Demikianlah hukuman Allah terhadap penzina. Biarpun pelaksanaannya di dunia tidak dilaksanakan oleh kebanyakan negara, tetapi itulah hukuman Allah. Andainya hukuman itu tidak terlaksana di dunia, dan mereka mati dalam keadaan TIDAK BERTAUBAT, tempatnya di neraka. Rasulullah s.a.w ada bersabda menyatakan agar setiap orang yang beriman itu menjauhkan diri daripada zina. Ada enam perkara yang akan dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan zina, tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat. Di dunia ialah hilangnya keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa fakir, manakala di akhirat ialah kemurkaan Allah, balasan azab neraka dan hisab buruk. Rasulullah s.a.w bersabda menjelaskan bahawa tidak ada dosa yang lebih besar selepas dosa menyengutukan Allah, daripada dosa setitik air mani yang diletakkan oleh seorang lelaki dalam kemaluan (faraj) yang tidak halal baginya. Nasihat aku.. sesape yg x tahan sangat tu kawin jerlah ^^.. orang yang takut terlibat dengan zina, yang berzina setiap kali bertemu, menurut hukum fikah, bernikah itu wajib hukumnya. Wajib bererti dosa kalau tidak melakukannya.


 Semoga ia mejadi pengajaran bagi kita semua..

Monday, February 6, 2012

Salam semua

So.. ini kali pertama aku berblogging.. 
so bnyk benda lagi blum explore...
agak pening2 lalat jgk.. org kata x kenal maka x cinta.. maybe mula2 x menarik mna tahu satu hari nanti aku jadi gila bloggers.. hahahaha..
so perlahan-lahan kayuh.. aku pn x tahu nak taip apa.. apa aku rasa nak taip aku boh jer.. haiz..( hentam sajalah man).. yg dah otai2 2 silalah beri tunjuk ajar yea.. ^^ boleh add my facebook..https://www.facebook.com/profile.php?id=100000298783840hazman_man89@yahoo.com